“Apa kau dapat Din?”Hamid bertanya kepada sahabat baiknya.
“Cukup-cukup makan lah mid..” keluh Din.
“Awak pula Jay?”
“Bagi aku cukup memuaskan lah juga. Itu pun belum lagi aku belajar bersungguh-sungguh.” Jay ketawa.
Mereka semua bercadang untuk masuk ke PTE Berakas. Mereka memang tidah mahu berpecah. Persahabatan di antara mereka memang teguh.
Hari pertama di PTE Berakas mereka sudah pun awal-awal lagi sampai di maktab tersebut. Semua pelajar-pelajar yang berjaya di terima masuk di maktab tersebut semuanya nampak gembira dan riang. Seorang demi seorang mendaftar di meja pendaftaran dan semua pelajar di kerahkan masuk di dewan untuk mendengar taklimat dari guru-guru dan pihak-pihak yang berkenaan.
Mereka sibuk mencari tempat-tempat duduk. Mereka duduk bersebelahan dan berbual dengan pelajar-pelajar baru. Hamid mendengar dengan penuh perhatian. Semua penuntut hendaklah mengikuti segala peraturan dan disiplin-disiplin yang telah di tetapkan di maktab tersebut.
Mereka kemudian di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Pelajar-pelajar senior membawa kumpulan-kumpulan tersebut untuk meninjau di sekitar kawasan maktab tersebut. Maktab tersebut telah siap sepenuhnya pada tahun 2005. Ramai pelajar-pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dan ini membuktikan maktab tersebut mampu bersaing dengan penuntut-penuntut dari sekolah lain yang mengambil peperiksaan GCE ‘A’ Level.
Pelajar-pelajar sibuk memilih mata pelajaran yang mereka ingin pelajari. Hamid dan sahabat karibnya juga turut tidak ketinggalan untuk memilih mata pelajara mereka. Kini mereka tidak lagi dapat belajar dalam satu kelas seperti dahulu kerna masing-masing mempunyai mata pelajaran yang berbeza.
Mereka hanya berjumpa dan berbual pada waktu rehat sahaja di kantin maktab tersebut.
“Kamu ada nampak Fizah tak?” Din bertanya kepada mereka.
Hamid terkejut dan berhenti makan. Jay sibuk makan soto yang baru sahaja sampai ke tempat meja makan mereka.
“Tak ada. Mungkin di sambung di Maktab Duli kot?” Hamid bertanya kembali.
“Tak mungkin kerna kami sama-sama berjanji untuk masuk ke PTE ini.” Muka Din nampak gelisah.
“Bertenanglah. Mungkin dia sibuk dan hanya duduk di kelas sahaja maklumlah maktab ini besar.”
Beberapa bulan terus berlalu, mereka juga mengikut haluan masing-masing. Subjek yang di ambil juga semakin hari semakin susah. Banyak yang perlu dipelajari. Kalau dahulu mereka masih lagi ada waktu untuk lepak bersama-sama kini semuanya lenyap. Mereka ingin belajar untuk mencapai hajat yang di ingini.
“Eh Din, aku nak ke library waktu petang nanti. Awak nak join tak?” Hamid bertanya sambil membawa dua filenya yang penuh dengan kertas-kertas.
“Tak apa lah Mid. Aku ada kerja nak disiapkan seorang. Kalau aku di library tu.. tak masuk idea-idea aku..”
Petang itu Hamid masuk ke library sambil membawa beberapa buku untuk mengulangkaji. Dia mencari tempat yang sesuai untuk membaca. Dia memilih meja yang sederhana besar dan boleh digunakan untuk 4 orang sahaja.
Dia membuka buku-buku sambil membuka nota kecilnya. Dia mencatit point-point penting untuk dijadikan bahan rujukannya.
“Sorry ye.. boleh saya join awak baca di sini?”
Hamid menoleh. Dia merenung wajah perempuan itu. Pen yang ada ditangannya mula dilepaskannya. Tangannya memicit-micit dagunya yang licin itu.
“Fizah?” Hamid tanya kembali.
“Yelah... Hai.. takkan itu pun awak tak kenal?” Fizah kebali bersuara.
“Kat sini juga kita bertemu. Ingatkan kita tak akan bertemu lagi. Macam ada...” Hamid berhenti untuk meneruskan percakapannya. Eh! Apa pula yang aku merepek ni. Dia kan sudah ada teman istimewa.
“Eh?Macam ada?Apa yang ada?” Fizah bertanya sambil matanya tertumpu pada Hamid. Hamid mula malu. Nasib baik dia tidak terlepas cakap dan Fizah juga tidak ada menunjukkan kecurigaan keatas dirinya.
“Fiz, duduklah kenapa berdiri aja. Awak seorang? Mana kawan-kawan awak?”
“Mereka semua sudah balik. Masing-masing ada kerja nak dibuat.” Fizah mengeluh.
Mereka berdua rancak bercerita. Kadang-kadang mereka memecahkan suasana sunyi di library tersebut dengan ketawa mereka. Beberapa pelajar melihat kelakuan meraka. Mereka berdua bagaikan tidak mengiraukan peraturan-peraturan dan tata tertib semasa di library tersebut.
“Mid, kau ni suka berjenaka lah. Perut aku ni macam nak pecah dah.” Fizah ketawa sambil tangannya menutup mulut.
Hamid menoleh pada jam dinding yang terdapat di library tersebut. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Sekejap lagi library akan tutup. Mereka bersiap-sedia untuk pergi meninggal library tersebut. Mereka menuju ke tempat bus stand yang tidak jauh dari library itu.
“Lupa pula aku nak tanya. Kenapa Din tidak tahu yang kau belajar di pusat ini juga?”
“Aku tak ada masa nak beritahu kat dia. Lagipun kredit mobile aku masa ini telah kering. Maklumlah kalau sudah tidak ada kerja payah nak tanggung kredit ini sendiri.”
“Owh.. macammana dengan hubungan korang?”
Fizah terdiam. Dia mengalikan pandangnya ke tempat beberapa bas-bas sekolah berkumpul di bus stand tersebut.
“Hubungan kita masih ok lagi.”
Hamid dapat melihat dari wajah Fizah yang dia berdusta dengan kata-kata yang baru sahaja terkeluar dari mulutnya. Dia tahu Fizah seperti menyembunyikan sesuatu. Dia tidak mahu bertanya lagi.
Malam itu Hamid merasakan dirinya kambali ceria. Dia tidak tahu kenapa. Mungkin kerna dia telah berjumpa dengan Fizah kembali atau mungkin ada makna di sebaliknya? Hamid kembali berfikir dengan pertanyaannya kepada Fizah sewaktu mereka di bus-stand petang tadi.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
P/S: Cerita ini belum lagi sampai ke penghujungnya... aku masih lagi mencari ilham =) harap bersabar. hehe. Jika anda mempunyai comment.. jgn malu-malu untuk luahkannya di chatbox atau di tempat comments. =)