Showing posts with label senja. Show all posts
Showing posts with label senja. Show all posts

Senja... (Part 2)

Saturday, February 21, 2009

"Kita putus..."

Lancar saja ayat-ayat itu keluar dari bibir mu dan terus meninggalkan aku tanpa penjelasan. Aku hanya kaku berdiri sambil melihat gerak geri tubuh mu pergi jauh meninggalkanku dan terus hilang dari pandanganku. Adakah aku bermimpi? Kenapa ianya berlaku? Dimana silapnya aku? Aku bingung! Kau langsung tak beri aku kesempatan untuk bersuara. Apakah makna semua ini? Aku buntu. Kata-kata terakhir dari mu itu masih lagi segar di ingatanku. Kau membunuh ku! Pembunuh! Kau tahu betapa hancurnya hatiku ketika kau lafazkan kata-katamu itu? Kau jadikan aku seperti mayat hidup. Kau begitu kejam! Kau terlalu mengikut perasaan mu! Kau terlalu cemburu! Kau suka berprasangka! Aku langsung tak pernah berdusta apa lagi untuk melukai hatimu. Adakah kejujuran ku selama ini tidak bermakna bagi mu?

Dimanakah cinta yang kita agung-agungkan dahulu? Dimanakah dia janji-janji kita untuk terus bersama-sama mengharungi kehidupan ini walau apa pun yang terjadi? Dimanakah kasih sayang yang aku berikan kepadamu selama ini? Dimana? Dimana?! Kau hancurkan segala kebahagian yang pernah kita bina.

Ombak-ombak yang menghepas ke batu-batu itu seperti tahu betapa hancurnya hatiku ketika itu. Biarlah... aku akur dengan takdir. Aku pasrah dengan semua ini. Biarlah aku sendirian...

Senja...

Thursday, February 19, 2009

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Telah tiba waktunya untuk aku pergi pulang ke rumah. Aku menghidupkan enjin kereta dan mencari rangkaian pelangi untuk hiburan sementara menunggu suhu enjin keretaku naik. Setelah menunggu lebih kurang 10 minit, suhu kereta ku mula naik dan aku terus keluar dari tempat letak kereta itu. Aku terus keluar menuju ke jalan utama dan setiap hari juga pada waktu begini kesesakkan lalu lintas sudah menjadi kebiasaan bagi ku. Adalah lebih baik jika kita bersabar dan sopan santun ketika berada di situasi ini untuk mengelakkan sesuatu yang kita semua tidak ingini. Berilah kerjasama pada pemandu-pemandu yang juga mengunakan jalan tersebut. Aku hanya mendengar radio dan sekali sekala mataku akan melirik ke kiri dan kanan untuk melihat keadaan di sekelilingku.

Lagu-lagu yang dimainkan di radio itu membuat kan aku merasa sedih dan sayu. Mungkin aku mengenangkan kisah laluku. Aku tak tahu kenapa ianya tiba-tiba muncul di dalam fikiranku waktu itu. Aku merasa sungguh sedih. Fikiran ku mula terganggu. Adakah aku masih lagi tidak dapat melupakkannya? Atau mungkin aku masih lagi suka padanya? Mustahil! Kerna dia telah lama berkubur. Segala peristiwa dan kenangan indah itu telah lenyap sama sekali. Aku tak mahu ungkit kisah itu. Sungguh perit ku rasakan. Hatiku seperti di tikam bertubi-tubi sehingga jantungku yang sememangnya lemah ini sama sekali tidak aku dapat rasakan denyutannya lagi. Denyutan ku semakin lemah. Mataku kian kabur. Aku tidak dapat melihat dengan jelas keadaan sekelilingku. PEEEP!! Aku terkejut dari lamunan ku itu. Kereta yang berada di belakangku beberapa kali membunyikan honnya. Aku mula menyedari bahawa kereta di depanku sudah bergerak jauh dari keretaku. Aku terus menekan laju dan kereta ku meluncur laju di highway tersebut.

Aku berhasrat untuk berhenti ke suatu tempat untuk melepaskan kesesakkan di dadaku itu. Aku tak tahu hendak ke mana. Aku hanya terus memandu sehingga tanpa aku sedari bahawa aku telah berhenti di Pantai Jerudong. Aku terus keluar dari kereta dan naik ke batu-batu besar yang ada di sekitar tersebut. Aku mencari tempat yang rata dan sesuai untuk ku duduk untuk menghayati keindahan pantai pada waktu itu. Aku merasa sungguh damai. Sedikit demi sedikit fikiran ku mula melupakan peristiwa lama itu. Biarlah ianya akan hilang bersama angin yang bertiup lembut pada petang itu. Matahari bergerak perlahan dan akan terbenam sekejap lagi. Aku melihat matahari itu dengan penuh pesona. Aku mula membayangkan diriku menjadi matahari itu. Pasti sepi dan sunyi. Atau mungkin aku memang sepi dan sunyi pada saat ini? Memang. Memang aku sepi. Memang aku sunyi. Hanya matahari itu sahaja yang menemani ku. Sekejap lagi dia akan terbenam di lautan itu. Biarlah dia terbenam bersama dengan kisah silam ku itu.

Keadaan di sekelilingku mulai gelap tanpa ku sedari. Aku tak mahu berganjak dari tempat ku itu. Aku seperti tidak mahu pulang. Biarlah aku sendiri.
 

Popular Posts

Visits

web traffic statistics

Recent comments