


What do you expect? Expect the unexpected...



‘SELAMAT ADAU GAYOH’ yang bererti ‘SELAMAT HARI BESAR’ dalam bahasa melayu standard adalah hari perayaan bagi masyarakat Dusun di
- Adau Gayoh adalah ‘Hari Besar’ bagi puak Dusun dan Bisaya. Diadakan pada setiap 1 mei setiap tahun dan berterusan sehingga tamat bulan mei.
- Pesta besar-besaran akan disambut dan dirai
- Biasanya diadakan selepas masyarakat Dusun menuai padi.
- Dalam pesta ini anda berpeluang menyaksikan persembahan-persembahan menarik seperti tarian tradisi puak Dusun,pameran kraf tangan yand dihasilkan sendiri,permainan alat-alat guling tangan dan jika anda bernasib baik ada akan dibawa turut serta memainkannya!
- Terdapat banyak tarian yang dipersembahkan antaranya Encayau, Temarok, Tarian Alai Parang, Tarian Alai Anding, Tak Catur Bunga Lamai, Kecapi, Imang-imang, Tapuk Pinang, Bekakung dan sebagainya. Setiap tarian mempunyai musiknya yang tersendiri.
- Anda juga mungkin berpeluang melihat cara-cara kehidupan orang-orang Dusun yang rajin bercucuk tanam dan bersawah.
- Pakaian tradisi bagi perempuan dan lelaki bersertakan alat-alat perhiasan
- Acara adat istiadat perkahwinan orang-orang Dusun juga berbeza dari puak-puak yang lain.
- Makanan tradisi dan seumpamanya.

Pakaian tradisi masyarakat Dusun yang diperagakan

Cantik dan menawan

Pakaian dan perhiasan tradisi puak Dusun
“The
Pada : 04 hb Mei 2008 (Hari Ahad)
Jam : 8.00 pagi
Bertempat : Dewan Utama, Dewan persidangan AntaraBangsa, ICC
“Discovering the unique culture of
Written by : Reza (My Sister)
Pictures taken by : Annan
Location : Kg. Batang Mitus, Tutong.