Showing posts with label Selamat Adau Gayoh. Show all posts
Showing posts with label Selamat Adau Gayoh. Show all posts

SELAMAT ADAU GAYOH!!!!

Sunday, May 02, 2010

Start Time: Friday, 07 May 2010 at 08:10
End Time: Sunday, 09 May 2010 at 18:10
Location: BALAI RAYA KAMPONG BATANG MITUS / KEBIA TUTONG

PESTA ADAU GAYO:
Datanglah beramai-ramai, masuk percuma! Pesta sempena menyambut Hari Raya masyarakat Dusun di Brunei (bulan Mei-selepas menuai) yang disambut setiap tahun bermula 1Mei.

ACARA:
7 Mei 2010
-Peraduan Mewarna
-Tamu Ria - Pameran/ jualan makanan dan bunga-bunga hidup
-Semaian buah-buahan, baja dan peralatan berpadi
-Kraftangan
-Tarik Kalat (Tarik tali)
-Sukan Tradisi

8 Mei 2010
-Tamu Ria - Pameran / jualan bunga-bunga hidup
-Semaian buah-buahan, baja dan peralatan berpadi
-Kraftangan

9 Mei 2010
-Pertandingan 'Kimu Magak' (Ratu Cantik)
-Persembahan Kebudayaan Puak Dusun
-Tamu Ria - Pameran / jualan makanan dan bunga-bunga hidup
-Semaian buah-buahan, baja dan peralatan berpadi

TARIKH : 9HB.MEI 2010
JAM : 2.15 PETANG (AHAD)
TEMPAT : BALAI RAYA KAMPONG BATANG MITUS.

TETAMU KEHORMAT:

Y.M. AWANG HAJI MAWARDI BIN HAJI ABDULLAH SETIAUSAHA TETAP KEMENTRIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

SELAMAT ADAU GAYO, ARAP-ARAP TAUN ITI JATI SIHAT, REJIKI SUANG, YANG PENTING SANANG GANAWO!


P/S: I WILL BE THERE!!! :)

No story

Saturday, May 02, 2009

Selamat adau gayoh to all dusun community in Brunei Darussalam. =)

I loveeeeeeeeeeeeee taylor swift =P i loveee GG!! ahaha atoya... random sungguh.

ehhhh knapa aku post yg nda pdah2 ani.. ahahaha.. bah eh.. awut saya dahulu..

bye~~~~ =P

Special Post : SELAMAT ADAU GAYOH

Friday, May 02, 2008

‘SELAMAT ADAU GAYOH’ yang bererti ‘SELAMAT HARI BESAR’ dalam bahasa melayu standard adalah hari perayaan bagi masyarakat Dusun di Brunei sama sepertinya Tahun Baru Cina yang diraikan oleh masyarakat Tiong Hwa. Tradisi boleh diertikan sebagai adat, kebiasaan dan kepercayaan yang turun menurun dari satu generasi kesatu generasi dalam apa jua kaum bangsa dalam sesuatu puak pada masyarakat kita. Dalam edisi blog saya kali ini, saya akan membawa anda untuk mengenali serba sedikit mengenai masyarakat kaum Dusun :

- Adau Gayoh adalah ‘Hari Besar’ bagi puak Dusun dan Bisaya. Diadakan pada setiap 1 mei setiap tahun dan berterusan sehingga tamat bulan mei.

- Pesta besar-besaran akan disambut dan dirai kan bersama dengan bangsa-bangsa lainnya.

- Biasanya diadakan selepas masyarakat Dusun menuai padi.

- Dalam pesta ini anda berpeluang menyaksikan persembahan-persembahan menarik seperti tarian tradisi puak Dusun,pameran kraf tangan yand dihasilkan sendiri,permainan alat-alat guling tangan dan jika anda bernasib baik ada akan dibawa turut serta memainkannya!

- Terdapat banyak tarian yang dipersembahkan antaranya Encayau, Temarok, Tarian Alai Parang, Tarian Alai Anding, Tak Catur Bunga Lamai, Kecapi, Imang-imang, Tapuk Pinang, Bekakung dan sebagainya. Setiap tarian mempunyai musiknya yang tersendiri.

- Anda juga mungkin berpeluang melihat cara-cara kehidupan orang-orang Dusun yang rajin bercucuk tanam dan bersawah.

- Pakaian tradisi bagi perempuan dan lelaki bersertakan alat-alat perhiasan

- Acara adat istiadat perkahwinan orang-orang Dusun juga berbeza dari puak-puak yang lain.

- Makanan tradisi dan seumpamanya.

Pakaian tradisi masyarakat Dusun yang diperagakan

Cantik dan menawan


Pakaian dan perhiasan tradisi puak Dusun


Selamat Adau Gayoh kepada semua puak-puak Dusun di Brunei. Jika anda ingin menyaksikan tarian tradisi puak Dusun dan ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, saya alu-alukan anda untuk datang ke:

SAMBUTAN JUBLI EMAS PAKATAN SANG JATI DUSUN DAN ADAU GAYOH SANG JATI DUSUN 2008

“The Brunei Dusun Welfare Association”

Pada : 04 hb Mei 2008 (Hari Ahad)

Jam : 8.00 pagi

Bertempat : Dewan Utama, Dewan persidangan AntaraBangsa, ICC

“Discovering the unique culture of Brunei Dusun”


Written by : Reza (My Sister)

Pictures taken by : Annan

Location : Kg. Batang Mitus, Tutong.

 

Popular Posts

Visits

web traffic statistics

Recent comments