BAGUS INI!! MESTI BACA PUNYA! AHAHA

Wednesday, August 26, 2009

BAGUS PUNYAAA~~~ BACA INI~~~ I DAPAT DARI FWD MAIL. hehe.

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering
mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life
starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata
isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih- sengih aje lah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya,
kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap
suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse
psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak
lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I
kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah. Tentang makan
minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik
teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana
cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka
kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah
tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam
mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start
balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I
suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah,
sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita
rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh,
budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain
Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun
mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton
atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang'
dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik
motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah
motor tu.

Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu
pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik,
perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk
bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony
Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena
buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok
bola pun tak dapat ...

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang
ni kanbanyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi
liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin
baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak
mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu
kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari
anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak
kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam
kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak
anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama
ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi
baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak
boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu
seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru
bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni
kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak
anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua
tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup
pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita
nak ke anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak
letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan
mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak
mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak
mertua baru I tu .....

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang
indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung
badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap
besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak
pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita
bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala.
Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan
keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan
isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai
dan mengabaikannya) . Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau
isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain
pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun
hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah
lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan.
Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri
yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih
dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon.. ye ke?
Sedangkan kencing masih berdiri. Kalau ikut Nabi, lelaki wajib kencing
duduk. Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar
dalam je nak ikut sunnah. Cubalah menegakkan agama Islam, masih lagi
terkial kial.

Wallahualam.

suami orang-

LU PIKIR LA SENDIRI!!

2 comments

  1. lawa bob, aku suka ko post pasal ani. 'sadis' bah. kawin ikut sunnah nabi, sembhyang apa inda diikut pun .. bnr jua.

    haha .. sadis sadis~

    ReplyDelete
  2. ahahah awu. pandai tah jua urg tuha ani bpkir.. biasanya.. main belasah sja. ahahahaha. tpi ialah... stick to 1 sja bah ah. hehe.

    ReplyDelete

 

Popular Posts

Visits

web traffic statistics

Recent comments