Kejadian pelik? Hantu?

Friday, July 11, 2008

AMARAN: Bukan untuk bacaan bagi org yang lemah semangat atau penakut. Cerita yang akan aku kongsikan ini berdasar dengan kejadian yang pernah aku alami, bukan rekaan semata-mata. Adakah anda masih lagi ingin terus membaca? Anda telah diberi amaran. READ AT YOUR OWN RISK!


Kejadian #1: Pocong atau hantu bungkus?

Kejadian ini berlaku pada waktu subuh sewaktu saya dan teman-teman sekampung untuk mengikuti perbarisan bagi Hari Kebangsaan pada tahun 2002. Aku bangun pada pukul 4 pagi kerna kami diarahkan untuk berada di Bandar Seri Begawan sebelum pukul 6 pagi kerna jalan-jalan utama akan ditutup untuk sementara waktu pada pagi itu. Beberapa kawan sekampungku sudah mula berkumpul di perkarangan rumahku kerna kami akan bertolak pada pukul 5 pagi. Kami bersembang-sembang sambil memeriksa peralatan-peralatan yang akan dibawa untuk acara tersebut.

Rosli dan kakaknya juga ikut serta dalam acara itu. Mereka adalah jiranku. Kami memang rapat dari kecil lagi hingga ke sekolah menengah. Rosli jalan menuju ke rumahku yang letaknya kira-kira 50 meter dari rumahnya. Selang 5 minit kemudian, kakaknya menyusul. Ariffin dengan tiba-tiba berdiri dari tempat duduk sambil melihat kakak Rosli yang sedang jalan menuju ke rumahku. Kami yang riuh tadinya mula senyap.

Ariffin pantas bercakap "Ko nampak tu di atas rumah atu apa?"

Micheal membalas "Entah... mcm lain saja...".

Kami melihat lagi untuk memastikannya. YA AMPUN!!!! HANTU RUPANYA!!! rupa hantu itu putih dan menyerupai susuk tubuh yang sedang duduk di atas rumah jiranku yang satu lagi. Kami dapat melihat dengan jelas hantu itu dan kain putih yang menutup tubuhnya dari kaki hingga ke paras kepala. Hantu bungkus itu tidak bergerak sedikit pun dan sepertinya sedang menoleh ke belakang rumah jiranku itu.

Kami melambai pada kakak Rosli untuk berjalan dengan lebih pantas sedikit. Sampai saja dirumah, dia melihat kami dengan kehairanan dan bertanya. Terus kami pun suruh dia melihat atas atap rumah jiranku yang baru sahaja dilintasinya. Dia berlari masuk ke dalam rumah ketakutan. Beberapa minit kemudian susuk tubuh itu hilang dari pandangan mata. Adakah ianya pocong atau hantu bungkus?


Kejadian #2: Sampar (Bebola api?)

Kejadian ini juga berlaku pada tahun yang sama sewaktu kami sedang lepak-lepak di depan rumahku. Memang kami kutu malam dan suka lepak sehingga lewat pagi. Hanya cerita kosong dan sekali-sekala ketawa kami memecahkan keheningan malam. Pada malam itu, Unchill dan Micheal datang dengan basikal. Kawan-kawan yang lain tidak datang kerna sibuk. Tiba-tiba datang idea aku untuk menyakat Unchill.

"Chill, cuba ko liat tu di sana.." Aku bercakap sambil tangan ku menunding pada kubur cina yang berada di atas bukit di depan rumahku.

"Napa bob? Apa ada?" Unchill membalas.

"Eh... ko liat saja. "

Tiba-tiba, keluar satu bebola api dari salah satu kubur yang aku tunjuk. ALAMAK!!! BESARNYA API!!! Kami terus berlari masuk ke dalam rumah. Adakah patut betul-betul keluar rupanya HANTU ITU!! Tak best la cemni... AHAHAHA

"Kurang asam... inda tak ku balik ni malam ani". Unchill menjawab sambil ketakutan.

"Takut chill?Aku balik jua ni inda ku kisah." jawab Micheal. Memang dia tak takut bab-bab begini.

Malam itu kami teruskan sembang-sembang sampai ke subuh. Kira-kira jam 4 atau 5 pagi baru mereka pulang ke rumah masing-masing.


Kejadian #3: Siapa tuuuu yang melintas?

Kejadian ini berlaku ketika aku menetap di Hostel Muda Hashim semasa menuntut di tingkatan enam. Roommate aku ketika itu Alam, Hussin dan Rahman. Kami empat sahaja yang tinggal di bilik yang luas itu, cukup untuk menampung kira-kira 10 orang.

Malam itu, aku buat revision seperti biasa. Memang aku suka revision sampai lewat malam kerna petang itu aku sudah tidur dengan secukupnya. Roommate aku yang lain mungkin sudah tidur kerna aku tidak nampak cahaya lampu di bilik mereka. Gelap sahaja. Mungkin mereka sudah masuk tidur. Hanya cahaya lampu aku sahaja yang dipasang waktu itu. Aku buat revision sehingga dekat jam 12 malam.

Aku mula menyusun kembali semua buku-bukuku ke tempat asal kerna aku mula merasa mengantuk. Aku bejalan menuju ke tempat switch lampu dan 'switch off' lampu di bilik ku. Bilik kami terus gelap gulita. Hanya lampu-lampu yang berada di beranda sahaja yang menerangi di depan bilik kami. Aku mula masuk ke tempat katilku sambil menutup mata. Sekali-sekala ku buka mataku sambil melihat ceiling putih di atas.

Tiba-tiba aku melihat ada susuk tubuh melintas di depan bilikku menuju ke pintu utama. Aku tidak menghiraukannya kerna mungkin sahaja roommate ku yang hendak pergi ke toilet. Tapi aku merasa seperti ada sesuatu yang tidak mengena kerna aku tidak mendengar pintu utama dibuka dan ditutup. Aku buang jauh-jauh perasaan yang tidak menyenangkan itu. Aku kembali menutup mata ku rapat-rapat.

Selang beberapa minit kemudian aku terdengar seperti ada orang menyimbah air di depan bilikku. Aku terkejut dan terus bangun. Aku menoleh ke sekeliling dan tidak menjumpai apa-apa maupun air yang baru sahaja ku dengari tadi.

Pagi itu aku pun bertanya kepada roommate aku jika mereka ada melintas di depan bilikku sewaktu aku sudah menutup lampuku. Seorang pun tidak ada yang melintas. Jadi... siapakah yang melintas di depan bilikku dan 'menyimbah' air itu? Ahax.

Rupa-rupanya bukan aku sahaja yang mengelaminya. Roommate aku juga pernah melaluinya. Alam pun menceritakan serba sedikit yang dia tahu tentang hostel dan bilik itu kerna dia adalah 'orang lama' di hostel tersebut.


Kejadian #4: Nak duduk dibelakang atau depan?


Aku baru sahaja menghantar kawanku yang tinggal jauh di pendalaman. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 2 pagi. Seperti biasa aku tidak akan menggunakan 'air-con' dan aku turunkan cermin keretaku yang bersebelahan tempat aku memandu untuk merasa 'fresh air'. Embun-embun tebal menutupi jalanraya dan aku terpaksa menggunakan 'highlight'.

Keretaku meluncur laju di jalan raya. Hanya dua, tiga kereta sahaja yang aku terserempak semasa menggunakan jalan tersebut. Angin yang masuk ke dalam keretaku juga terasa begitu sejuk sekali. Aku juga sedang asyik mendengar lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ Rangkaian Pelangi itu. Tak juga aku merasa kesunyian.

Aku mula memasuki kampung-kampung kecil dan jalanraya juga semakin gelap gelita kerna tiada lampu-lampu jalan yang disediakan di sepanjang jalan tersebut. Aku memang tak minat melalui jalan tersebut jika waktu begini kerna aku dengar ramai juga yang 'terserempak' atau 'diganggu' semasa melalui jalan tersebut. Tetapi aku tidak menghiraukannya kerna aku memang selalu menggunakan jalan itu dan satu-satunya jalan yang dekat untuk menuju ke kampungku.

Keretaku laju memasuki jalan tersebut dan tanpa aku sedari aku telah mencapai kelajuan 100km/h. Alamak! terlebih sudah. Aku tekan lagi pedal keretaku kerna aku merasa belum cukup laju dan aku mula merasa mengantuk. Aku kehairanan kerna tiba-tiba sahaja keretaku jadi berat semacam. Aku lihat meter kelajuanku. Masih lagi 100km/h. Hairan! Aku tekan lagi sepenuhnya namun sia-sia. Enjin keretaku juga semakin bising. Bulu romaku tiba-tiba meremang tinggi. Aku terasa seperti ada 'orang' yang duduk di kerusi belakang. Aku tidak menghiraukannya kerna itu mungkin adaian ku semata-mata namun keretaku itu masih lagi terasa begitu berat sekali.

Tangan ku mula menukar rancangan radio dan mencari rangkaian Islam yang 24 jam itu. Aku mula merasa tidak sedap badan. Rangkaian Islam itu belum juga aku tercari-cari. Tiba-tiba aku merasa tiada angin yang masuk ke dalam keretaku itu padahal cermin disebelahku itu terbuka luas. Bulu roma ku juga semakin meninggi. Aku juga perasaan yang 'benda' itu duduk di kerusi bersebelahanku. Mungkin dia sengaja menutup cermin kereta aku kot? Seram sejuk badanku.

Aku mula teringat petua-petua orang tua dan aku cuba untuk 'experiment' salah satu petua tersebut.

"Aku tak kacau kau lah... balik tah..", tiba-tiba aku bersuara. 'Benda' itu masih juga disebelahku. Aku tak menoleh ke arahnya kerna aku melihat dengan penuh konsentrasi jalanraya di depanku yang ditutupi oleh embun-embun tebal.

"Aku tak kacau kau lah, jangan tah kacau aku.. balik tah...", aku bersuara dengan nada yang tinggi sedikit.

Beberapa saat kemudian... Aku terasa 'benda' itu mula hilang perlahan-lahan dan angin sejuk mula memasuki ruang keretaku. Kereta ku juga terasa ringan seperti biasa dan ku lihat kelajuan keretaku. 120km/h. Selamat juga rasaku akhirnya.

Walaupun aku sudah mengelaminya tetapi itu tidak membuatkan aku untuk tidak keluar malam dan menggunakan jalan tersebut. Janji aku tak kacau 'benda' itu sudah.

* * * * * *

Kisah-kisah yang aku alami diatas bukan untuk menakutkan anda. Ianya hanya untuk dikongsi bersama. Hanya beberapa kisah ini sahaja yang dapat aku kongsikan kepada anda. Masih banyak lagi kisah-kisah yang akan aku kongsikan tetapi itu tertakluk kepada saya sendiri dan comment-comment anda semua. =D

1 comment

  1. ala bob kongsi aja,,tak payah simpan2..heheh menarik betul crita hantu tu..wahahah

    ReplyDelete

 

The Author

Popular Posts

Visits

web traffic statistics

Contact

Eddie.kigs@gmail.com

Follow by Email

Recent comments