Cerpen: Dua Insan...

Sunday, January 04, 2009

Ini adalah sebuah cerpen yang aku reka hanya untuk mengisi masa lapangku pada tahun lepas tapi ianya masih lagi tergantung hingga ke hari ini kerana kesibukkan yang melanda aku sepanjang tahun. Nama dan watak dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup maupun yang telah meninggal dunia. Minta maaf jika ada sebarang kesalahan seperti ejaan dan ayat dalam cerita ini. Selamat membaca. =)


Angin bertiup sempoi-sempoi bahasa, burung-burung berterbangan riang di udara sambil mengalunkan suara merdu mereka, awan bergerak perlahan di awangan dan sawah menghempas pulas seperti lautan ditiup angin. Begini lah hidupnya kalau berada di kampung yang belum lagi tercemar oleh pembangunan yang pesat seperti Gadong atau Bandar Seri Begawan. Hamid bersyukur and merasa aman tinggal di kampungnya itu walaupun serba kekurangan. Ayahnya bekerja di sektor swasta di Tungku Link. Ibunya hanya suri rumah sepenuh masa. Dialah satu-satunya anak tunggal bagi Yahya dan Halimah.

Hamid baru sahaja beberapa hari selesai menduduki peperiksaan O Level. Dia berharap akan beroleh keputusan yang memuaskan dan tidak akan mengecewakan ibubapanya yang selama ini bersusah payah membesarkannya. Jay dan Din adalah sahabat karibnya dari mula-mula lagi mereka masuk ke alam sekolah menengah dahulu. Mereka selalu menhabiskan masa cuti mereka ini dengan bermain bolasepak pada waktu petang. Tapi Hamid tidak akan mensia-siakan waktu cuti mereka ini dengan hanya bermain sahaja. Dia pun mengajak teman-temannya untuk mencari pekerjaan untuk mengisi waktu cuti mereka dengan sebaiknya.

“Ibu, boleh tak Hamid bekerja sementara?”, Hamid memberi pendapat kepada ibunya.

“Boleh tapi bukankah waktu cuti kamu hanya 3 bulan sahaja? Dimana kamu akan mencari pekerjaan untuk waktu yang singkat ini?”, ibunya bertanya kembali.

“Alah ibu ini bukan kah lebih baik kami bekerja untuk mengisi masa lapang kami ini dengan mencari kerja sementara menunggu keputusan kami. Lagi pun Hamid boleh mencari kerja di kedai-kedai atau gedung-gedung perniagaan yang tumbuh macam cendawan di Brunei ini.”, Hamid berhujah.

Memang ada juga kebenaranya yang dihujah oleh anak kesayanganya ini. Halimah memang tidak keberatan untuk mengikuti kemahuan anaknya ini asalkan dia tahu jaga diri.

“Tapi awak bincanglah dulu dengan ayah awak dulu. Biar dia yang membuat keputusan sama ada membenarkan kamu berkerja sementara atau tidak”. Halimah kembali berbicara.

Hamid hanya mengangguk tanda setuju akan pendapat ibunya itu.

Malam itu hamid berdiri di tepi jendela yang ada dibiliknya dan melihat bulan yang separuh mengembang. Fikirannya melayang entah ke mana. Matanya sekali-sekala melihat skrin mobilenya, Nokia N80. Inilah satu-satunya barang kesayangnya di kala dia kesunyian.

Dia bermain dengan mobilenya tetapi dia tidak tahu apa sebenarnya yang dia cari. Dia kemudian menekan masuk ke Contacts. Dia menekan terus sambil melihat nama-nama yang ada di dalam list itu. Tiba-tiba tangannya terhenti menekan. Matanya tertumpu pada nama itu. Fikirannya mula terganggu dan dia merasakan semua perasaan masuk ke dadanya.

“Adakah aku perlu menghubunginya? Adakah aku merinduinya? Kenapa setiap kali aku melihat namanya pasti hatiku merasakan 1001 perasaan? Adakah aku tidak dapat melupakannya?” Hamid tertanya-tanya.

Dia mematikan mobilenya. Dia tidak mahu memikirkannya. Dia tidak mahu menambah kekusutan yang terdapat di dalam fikirannya.

“Hamid, sudah awak tanya pada ayah?” Hamid terkejut akan pertanyaan emaknya.

“Belum lagi bu..” jawab Hamid sambil kakinya berjalan menuju keluar dari biliknya.

Dia mencari ayahnya untuk membincangkan tentang mencari perkerjaan di kedai-kedai atau gedung-gedung perniagaan. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

“Ayah, Hamid ada hendak dibincangkan.” Dia duduk sambil melihat ayahnya.

“Apa yang Hamid hendak bincangkan? Tentang mencari perkerjaan sementara?” Ayahnya jawab dengan nada yang rendah.

Hamid tersentak. Ayahnya seperti tahu apa yang hendak dia bincangkan. Dia tahu ini mesti ibunya yang telah memberitahu kepada ayahnya ketika dia masuk ke bilik tadi.

“Ya. Adakah ayah setuju?” Pendek pertanyaannya. Dia tidak mahu bercakap banyak.

Ayahnya diam sambil membaca Media Permata.

“Ayah setuju tapi Hamid hendaklah mencari perkerjaan yang bersesuaian dengan Hamid. Hamid juga kena ingat setiap perkerjaan mesti dilakukan dengan sebaiknya. Ini juga akan membuatkan awak untuk lebih berdikari dan untuk menghidar dari segala gejala-gejala yang boleh meruntuhkan akhlak.” Panjang dan padat semua kata-kata ayahnya itu.

“Terima kasih, ayah. Hamid akan mencari dan ikut kebolehan Hamid. Hamid juga akan menjaga tingkah laku Hamid.”

Ayahnya hanya sekadar menganguk. Hamid terus masuk ke bilik dan mengapai mobile yang baru sebentar tadi dia matikan. Dia tidak sabar untuk memberitahu kepada teman-temannya.

* * * * * * * * * *

Kini Hamid dan juga teman-temannya mula bekerja di gedung perniagaan yang
terletak di Sengkurong. Gaji bolehlah dianggap cukup-cukup makan jika untuk mereka sendiri. Mereke berkerja dari pagi hingga malam. Waktu sibuk mereka jarang keluar makan terutama pada hujung bulan ketika orang ramai mula memenuhi gedung-gedung untuk membeli belah apabila terima gaji.

Hamid bekerja sebagai pembantu memunggah barang-barang. Dia tidak cerewet walaupun kerja yang diberikan berat dan di atas keupayaannya. Dia tahu itu adalah salah satu tanggungjawabnya sebagai pekerja.

“Hoi! Mana mata awak? Lihat apa yang telah awak lakukan!” Fizah menjerit.

“Maafkan aku lah Fizah, aku tak senghaja.” Hamid meminta maaf. Dia tak senghaja memjatuhkan botol Sos Cili Maggi. Setahunya, Fizah telah genggam botol itu tapi entah kenapa tiba-tiba iatah jatuh dan pecah. Hamid mengakui kesilapannya. Dia tidak mahu bertikam lidah bersama Fizah.

“Baik. Tapi awak kena bayar untuk ganti rugi ini.” Lega hati Hamid mendengarkannya kerna Fizah memaafkannya. Hamid tahu itu semua puncanya kerna dia asyik melihat Fizah menyusun botol-botol itu ke tempat yang telah disediakan. Dia tidak tahu kenapa setiap kali dia lihat wajah Fizah pasti dia kan mengelamun. Adakah ini dikatakan cinta?

“Fizah, awak tak kemana-mana time lunch nanti?” Din menyampuk dari belakang.

“Tak. Kenapa? Awak nak belanja Fiz lagi ke?”

“Terpulang kepada awak.”

“OK. Tapi boleh saya bawa Hamid sekali?”

Hamid terdiam. Dia tidak tahu bahawa Din sungguh rapat dengan Fizah. Dia tidak mahu kacau daun. Biarlah mereka berdua.

“Takpe lah Fiz. Aku masih ada kerja nak disiapkan. Kamu berdua sahajalah.”

Dari jauh Hamid hanya memandang mereka berdua keluar dari pintu gedung itu. Mereka nampak sungguh mesra. Adakah mereka betul-betul mesra sebagai teman biasa atau lebih dari itu? Hamid ingin tahu sejauh mana hubungan mereka.

“Eh, kenapa muka awak nampak sedih saja?Dari tadi aku lihat kau macam tah bermaya ja... kenapa ni?” Jay datang mendekati Hamid.

“Tak ada lah...”

“Betul ke ni?”

Hamid hanya mengangguk. Dia tidak mahu menyusahkan Jay. Biarlah dia sendiri yang mencari jawapannya. Hamid memang begitu. Selagi dia masih lagi mampu membuat apa yang dia hendak selagi itu dia tidak akan meminta pertolongan dari sesiapa. Dari dulu lagi dia telah diajar oleh ayahnya untuk tidak mengharapkan pertolongan sesiapa selagi badan masih lagi mampu menanganinya.

Dia mengambil mobilenya dari poket seluarnya. Dia keluar untuk berehat sebentar. Dia sekadar memerhati orang-orang yang berjalan menuju ke gedung tempat dia bekerja. Perutnya terasa lapar. Nasib baik dia ada membeli makanan ringan untuk megisi perutnya yang kosong itu. Minuman 100 plus habis diminumnya.

Hamid melihat kembali pada skren mobilenya. Dia hendak membuat satu pesanan ringkas kepada Fizah. Dia ingin bertanya apakah hubungannya dengan Din. Dia tidak mahu menaruh harapan kepada Fizah jika memang mereka masing-masing suka sama suka. Biarlah dia mengundur diri sebelum melukai mana-mana pihak. Tapi dia berhenti menaip. Dia tidak berani untuk menghantar pesanan itu. Dia berfikir sejenak. Adalah lebih baik jika dia bertanya terus kepada mereka berdua.

“Din, aku ada hendak tanyakan kepadamu tentang sesuatu.”

“Lain macam saja bunyinya. Apa kah yang hendak awak tanya? Teka-teki lagi ke?” Din sempat lagi berjenaka. Memang mereka selalu bermain teka-teki. Hamid lah yang selalu memberi mereka berdua teka-teki jika mereka menghabiskan masa bersama-sama.

“Ini bukan teka-teki lah. Soalan ini hanya untuk kau seorang je.”

“Aku saja?” Din melihat mata Hamid dengan penuh kehairanan.

“Ye... Aku hanya mahu tahu sejauh mana hubungan awak dengan Fizah.”

Din terdiam. Suasana senyap seketika. Hamid menunggu jawapan dari Din. Orang lalu-lalang memcari barang-barang untuk di beli. Juruwang sibuk melayan orang ramai yang terpusu-pusu datang padanya.

“Kami hanya sekadar kawan sahaja. Lagipun memang kami begitu rapat dan mesra. Kenapa awak tanya?”

“Aku hanya ingin tahu saja. Aku tengok kau bukan main mesra lagi dengan dia. Takkan lah sekadar kawan saja? Tak pernah ke kau terfikir untuk couple dengan dia?” Hamid bertanya bertubi-tubi. Dia benar-benar ingin tahu.

“Tak tahu lah. Tapi memang aku suka dengan dia. Mungkin aku akan contact dia lepas ni.”

Sekarang semuanya terjawab. Dia tahu Din memang menyukai Fizah. Hamid hanya akur mengundur diri. Dia tidak mahu menggangu hubungan mereka yang baru sahaja hendak mekar.

* * * * * * * * * *

Keputusan ‘O’ Level baru sahaja diumumkan di corong-corong radio di seluruh negara. Hamid terkejut mendengarkannya. Dia sibuk memunggah barang-barang ketika itu. Hatinya risau memikirnya. Dia seperti hendak balik terus ke rumahnya. Tapi dia tidak dapat berbuat demikian. Dia hanya boleh balik selepas waktu bekerja iaitu pukul 10 malam.

Hamid melihat mobilenya. Dia menerima 12 pesanan ringkas. Dia tidak mahu membukanya. Dia tahu semua itu mesti datangnya dari kawan-kawanya bertanyakan apakah keputusan yang dia perolehi. Dia juga takut membukanya kerna dia mahu melihat sendiri keputusan yang dia perolehi.

Sampai di rumah, suansana sunyi sepi. Dia masuk ikut pintu utama. Dia melangkah perlahan menuju ke tempat biliknya. Dia mahu mencari keputusan itu di internet.

“Tak payah awak nak pelan-pelan masuk.”

Hamid terkejut beruk. Dia tak perasan yang ayahnya masih lagi bangun ketika itu sambil membaca surat khabar di ruang tamu. Matanya liar mencari kelibat ibunya. Mungkin ibu telah masuk tidur agaknya.

“Eh ayah... Tak tidur lagi ke?”

“Ayah belum mengantuk. Ayah hanya ingin beritahu tentang keputusan O level awak.”

Alamak. Ayah dah tahu keputusan saya. Apa saya dapat? Lulus ke? Kalau lulus nak sambung ke mana lepas ni?Kalau tak lulus? Kerja terus ke saya di gedung itu? Hamid membuat andaian.

Dia duduk di salah satu kerusi berdekatan dengan ayahnya.
“Awak tahu apa keputusun awak, Hamid?”

“Tak tahu lagi ayah.”

“Kamu...” Ayahnya terdiam seketika.

Hamid menanti dengan penuh debaran. Dia rela menerima apa sahaja keputusan ayahnya selepas ini.

“Kamu mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah. Kamu mendapat 8’O’.”

Hamid sekali lagi terkejut. Dia seperti tidak percaya. Memang dia tidak yakin yang dia akan mendapat keputusan yang begitu memuaskan. Dia terharu mendengar keputusan yang dia perolehi.

“Kamu hendak sambung ke mana lepas ni, Hamid?”

“Tak tahu lagi ayah, mungkin di Maktab Duli atau di PTE berakas.” Lancar dia bercakap.

“Ayah hanya ikut keputusan kamu. Janji kamu dapat memperolehi ilmu yang berguna dan mendapat keputusan yang memuaskan.”

“Terima kasih ayah.”

* * * * * * * * * * *

“Apa kau dapat Din?”Hamid bertanya kepada sahabat baiknya.

“Cukup-cukup makan lah mid..” keluh Din.

“Awak pula Jay?”

“Bagi aku cukup memuaskan lah juga. Itu pun belum lagi aku belajar bersungguh-sungguh.” Jay ketawa.

Mereka semua bercadang untuk masuk ke PTE Berakas. Mereka memang tidah mahu berpecah. Persahabatan di antara mereka memang teguh.

Hari pertama di PTE Berakas mereka sudah pun awal-awal lagi sampai di maktab tersebut. Semua pelajar-pelajar yang berjaya di terima masuk di maktab tersebut semuanya nampak gembira dan riang. Seorang demi seorang mendaftar di meja pendaftaran dan semua pelajar di kerahkan masuk di dewan untuk mendengar taklimat dari guru-guru dan pihak-pihak yang berkenaan.

Mereka sibuk mencari tempat-tempat duduk. Mereka duduk bersebelahan dan berbual dengan pelajar-pelajar baru. Hamid mendengar dengan penuh perhatian. Semua penuntut hendaklah mengikuti segala peraturan dan disiplin-disiplin yang telah di tetapkan di maktab tersebut.

Mereka kemudian di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Pelajar-pelajar senior membawa kumpulan-kumpulan tersebut untuk meninjau di sekitar kawasan maktab tersebut. Maktab tersebut telah siap sepenuhnya pada tahun 2005. Ramai pelajar-pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dan ini membuktikan maktab tersebut mampu bersaing dengan penuntut-penuntut dari sekolah lain yang mengambil peperiksaan GCE ‘A’ Level.

Pelajar-pelajar sibuk memilih mata pelajaran yang mereka ingin pelajari. Hamid dan sahabat karibnya juga turut tidak ketinggalan untuk memilih mata pelajara mereka. Kini mereka tidak lagi dapat belajar dalam satu kelas seperti dahulu kerna masing-masing mempunyai mata pelajaran yang berbeza.

Mereka hanya berjumpa dan berbual pada waktu rehat sahaja di kantin maktab tersebut.

“Kamu ada nampak Fizah tak?” Din bertanya kepada mereka.

Hamid terkejut dan berhenti makan. Jay sibuk makan soto yang baru sahaja sampai ke tempat meja makan mereka.

“Tak ada. Mungkin di sambung di Maktab Duli kot?” Hamid bertanya kembali.
“Tak mungkin kerna kami sama-sama berjanji untuk masuk ke PTE ini.” Muka Din nampak gelisah.

“Bertenanglah. Mungkin dia sibuk dan hanya duduk di kelas sahaja maklumlah maktab ini besar.”

Beberapa bulan terus berlalu, mereka juga mengikut haluan masing-masing. Subjek yang di ambil juga semakin hari semakin susah. Banyak yang perlu dipelajari. Kalau dahulu mereka masih lagi ada waktu untuk lepak bersama-sama kini semuanya lenyap. Mereka ingin belajar untuk mencapai hajat yang di ingini.

“Eh Din, aku nak ke library waktu petang nanti. Awak nak join tak?” Hamid bertanya sambil membawa dua filenya yang penuh dengan kertas-kertas.

“Tak apa lah Mid. Aku ada kerja nak disiapkan seorang. Kalau aku di library tu.. tak masuk idea-idea aku..”

Petang itu Hamid masuk ke library sambil membawa beberapa buku untuk mengulangkaji. Dia mencari tempat yang sesuai untuk membaca. Dia memilih meja yang sederhana besar dan boleh digunakan untuk 4 orang sahaja.

Dia membuka buku-buku sambil membuka nota kecilnya. Dia mencatit point-point penting untuk dijadikan bahan rujukannya.

“Sorry ye.. boleh saya join awak baca di sini?”

Hamid menoleh. Dia merenung wajah perempuan itu. Pen yang ada ditangannya mula dilepaskannya. Tangannya memicit-micit dagunya yang licin itu.

“Fizah?” Hamid tanya kembali.

“Yelah... Hai.. takkan itu pun awak tak kenal?” Fizah kebali bersuara.

“Kat sini juga kita bertemu. Ingatkan kita tak akan bertemu lagi. Macam ada...” Hamid berhenti untuk meneruskan percakapannya. Eh! Apa pula yang aku merepek ni. Dia kan sudah ada teman istimewa.

“Eh?Macam ada?Apa yang ada?” Fizah bertanya sambil matanya tertumpu pada Hamid. Hamid mula malu. Nasib baik dia tidak terlepas cakap dan Fizah juga tidak ada menunjukkan kecurigaan keatas dirinya.

“Fiz, duduklah kenapa berdiri aja. Awak seorang? Mana kawan-kawan awak?”
“Mereka semua sudah balik. Masing-masing ada kerja nak dibuat.” Fizah mengeluh.

Mereka berdua rancak bercerita. Kadang-kadang mereka memecahkan suasana sunyi di library tersebut dengan ketawa mereka. Beberapa pelajar melihat kelakuan meraka. Mereka berdua bagaikan tidak mengiraukan peraturan-peraturan dan tata tertib semasa di library tersebut.

“Mid, kau ni suka berjenaka lah. Perut aku ni macam nak pecah dah.” Fizah ketawa sambil tangannya menutup mulut.

Hamid menoleh pada jam dinding yang terdapat di library tersebut. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Sekejap lagi library akan tutup. Mereka bersiap-sedia untuk pergi meninggal library tersebut. Mereka menuju ke tempat bus stand yang tidak jauh dari library itu.

“Lupa pula aku nak tanya. Kenapa Din tidak tahu yang kau belajar di pusat ini juga?”

“Aku tak ada masa nak beritahu kat dia. Lagipun kredit mobile aku masa ini telah kering. Maklumlah kalau sudah tidak ada kerja payah nak tanggung kredit ini sendiri.”

“Owh.. macammana dengan hubungan korang?”

Fizah terdiam. Dia mengalikan pandangnya ke tempat beberapa bas-bas sekolah berkumpul di bus stand tersebut.

“Hubungan kita masih ok lagi.”

Hamid dapat melihat dari wajah Fizah yang dia berdusta dengan kata-kata yang baru sahaja terkeluar dari mulutnya. Dia tahu Fizah seperti menyembunyikan sesuatu. Dia tidak mahu bertanya lagi.

Malam itu Hamid merasakan dirinya kambali ceria. Dia tidak tahu kenapa. Mungkin kerna dia telah berjumpa dengan Fizah kembali atau mungkin ada makna di sebaliknya? Hamid kembali berfikir dengan pertanyaannya kepada Fizah sewaktu mereka di bus-stand petang tadi.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

P/S: Cerita ini belum lagi sampai ke penghujungnya... aku masih lagi mencari ilham =) harap bersabar. hehe. Jika anda mempunyai comment.. jgn malu-malu untuk luahkannya di chatbox atau di tempat comments. =)

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Visits

web traffic statistics

Recent comments