Perbezaan Antara Cinta, Sayang, Suka dan Minat

Thursday, June 24, 2010

Cinta
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang

kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka

kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat

apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.

Di ambil dari blog ini (http://red-gaara-desert.blogspot.com/)


************************************

Memang... aku kadang-kadang juga keliru... tapi bila baca jer apa yang ditulis kat atas tuu... ada juga betulnya. Kita manusia... memang selalu main dengan perasaan ini... lumrah...

Masuk tahun ini... dah 5 tahun aku hidup single... SINGLE? duhhh... masih tak nampak? SINGLE. Aku pun tak tahu lagi kalau korang tak nampak. Dah sah lah mata korang semua mesti pakai kaca mata nobita. Dan... hidup single ini.... dah best lah bagi aku! Aku bukan tak mau couple2 ini... cuma... malas je~ hahahaha. bukan nak jual mahal... tapi memang mahal lah juga saya! HAHA. EGO. Saya tak akan ckp kat dia yg saya gila2 kan dia. TAK. Biar dia yg tergila2 kan kat aku. Biar dia sendiri yg ckp yg dia sayang dan cintakan saya. KENAPA BEGITU? MEMANG ITU YANG AKU MAU.

Atau mungkin.... aku yang pemilih? atau mungkin aku yang takut utk bercinta lagi? atau aku takut menyakiti dia? atau aku selalu berangappan yang dia sudah berpunya? atau dia tak mungkin akan cinta dan sayang kat aku? atau aku takut yang aku hanya bertepuk sebelah tangan? Ah lantak lah!

Ini... mungkin curhat? apa engkau tahu tentang curhat? curahan hati?

Aku boleh jerr tackle mana2 gadis lawa, cute, control ayu.. yang kat THE MALL~~ senang jerr~~ aku boleh beri jaminan yg aku dapat miliki nombor telephone dia kurang dari 5 minit. DAH TERBUKTI DAHHH!!! dan??? dan aku biarkn begitu... :)

Mungkin...

Mungkin aku...

Mungkin aku belum lagi...

Mungkin aku belum lagi bertemu dengan...


. . .dia?

No comments:

Post a Comment

 

Popular Posts

Visits

web traffic statistics

Recent comments